Thursday 8 December 2011

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata Nama Am
(b) Kata Nama Khas
(c) Kata Ganti Nama

KATA NAMA AM

1. Kata nama am digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.

2. Contoh kata nama am:

Manusia -Ibu, adik, kawan, petani, guru
Haiwan -Kucing, ayam, harimau, buaya, arnab
Tumbuh-tumbuhan -Pokok, padi, bunga, daun, kubis
Benda -Pensel, buku, meja, kasut, komputer
tempat -Dewan, rumah, pejabat, padang, bilik darjah

3. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil dalam ayat kecuali pada permulaan ayat.

KATA NAMA KHAS

1. Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.

2. Contoh katanama khas:

Manusia -Mustafa, Tan Shiuan Huey, Rosamund
Haiwan -Si Tompok, Pak Belang, Si Jalak
Benda -Faber Castell, Bata, Proton Waja
tempat -Kuala Lumpur, Selangor, Jepun

3. Huruf awal bagi kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama.
Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis, iaitu:
(a) kata ganti nama diri
(b) kata ganti nama tunjuk
(c) kata ganti nama tanya
(d) kata ganti nama tempat
(e) kata ganti nama tak tentu

No comments:

Post a Comment