Thursday, 8 December 2011
Mari Bernyanyi
Murid-murid, ingatkah pesanan cikgu tentang cara menjaga kebersihan? Inilah caranya.
Inilah cara gosok gigi
Gosok gigi dan berus gigi
Inilah cara berus gigi
Gigi putih dan bersih
Inilah cara sikat rambut
Sikat rambut dan ikat rambut
Inilah cara sikat rambut
Rambut bersih dan kemas
Inilah cara basuh tangan
Basuh tangan dan cuci tangan
Inilah cara basuh tangan
Tangan bersih dan harum
1. Guru bimbing murid membaca seni kata lagu mengikut gaya penceritaan dengan menggunakan gerak badan secara kreatif.
2. Guru memperkenalkan kata hubung "dan" dalam ayat.
3. Guru perdengarkan lagu "Here We Go Round The Mulberry Bush".
4. Murid-murid diminta menyanyikan lagu semula dengan menggantikan kata hubung "dan" yang berwarna dalam seni kata lagu dengan kata hubung "atau".
Mari Dengar Cerita
Ben Li dan kawan-kawannya suka bernyanyi. Mereka bernyanyi sambil bertepuk tangan. Mereka juga hentak kaki dan petik jari. Akhir sekali, mereka sebut hore. Mereka berasa seronok. Mari kita menyanyi bersama-sama dengan Ben Li dan kawan-kawannya.
Kalau rasa gembira, tepuk tangan (2 kali)
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira, tepuk tangan
Kalau rasa gembira, hentak kaki (2 kali)
Kalau rasa gembira, beginilah caranya
Kalau rasa gembira, hentak kaki
Lagu Nenek Si Bongkok Tiga
Layang-layang
Mari kawan mari semua
Lihat kawan nun di sana
Layang-layang di udara
Terbang tinggi di angkasa
Layang-layang cantik sekali
Kecil besar warna-warni
Ekor panjang macam tali
Kita melihat suka hati
1. Murid-murid diminta membaca seni kata lagu dengan suara yang kuat.
2. Murid-murid dibimbing guru menyanyikan lagu dengan betul mengikut melodi lagu "Nenek Si Bongkok Tiga" sambil bertepuk tangan secara didik hibur.
Mari Berhibur
Saya suka bernyanyi
Lagu yang ria ini
Saya berhibur hati
Saya tak rasa sepi
Marilah kawan-kawan
Mari kita bernyanyi
Saya bertepuk tangan
Kamu hentakkan kaki
Usah bersedih hati
Nanti ______ yang rugi
Murid-murid diminta menyebut Kata Ganti Nama Diri dan membaca seni kata lagu.
Murid-murid nyanyikan lagu mengikut melodi lagu "Twinkle Twinkle Little Star"
Mari Bernyanyi
Guru bimbing murid menyebut lirik lagu "Jiran Saya" dan bimbing murid menyanyikan lagu "Jiran Saya" mengikut melodi lagu "Burung Kakak Tua".
Jiran Saya
Saya ada jiran
sungguh baik hati
Melayu, Cina, India
hidup bersatu hati
Saya ada jiran
tinggal satu taman
hidup penuh sopan
semua jadi teman
KATA NAMA
Kata nama terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata Nama Am
(b) Kata Nama Khas
(c) Kata Ganti Nama
KATA NAMA AM
1. Kata nama am digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.
2. Contoh kata nama am:
Manusia -Ibu, adik, kawan, petani, guru
Haiwan -Kucing, ayam, harimau, buaya, arnab
Tumbuh-tumbuhan -Pokok, padi, bunga, daun, kubis
Benda -Pensel, buku, meja, kasut, komputer
tempat -Dewan, rumah, pejabat, padang, bilik darjah
3. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil dalam ayat kecuali pada permulaan ayat.
KATA NAMA KHAS
1. Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.
2. Contoh katanama khas:
Manusia -Mustafa, Tan Shiuan Huey, Rosamund
Haiwan -Si Tompok, Pak Belang, Si Jalak
Benda -Faber Castell, Bata, Proton Waja
tempat -Kuala Lumpur, Selangor, Jepun
3. Huruf awal bagi kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.
KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama.
Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis, iaitu:
(a) kata ganti nama diri
(b) kata ganti nama tunjuk
(c) kata ganti nama tanya
(d) kata ganti nama tempat
(e) kata ganti nama tak tentu
(a) Kata Nama Am
(b) Kata Nama Khas
(c) Kata Ganti Nama
KATA NAMA AM
1. Kata nama am digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.
2. Contoh kata nama am:
Manusia -Ibu, adik, kawan, petani, guru
Haiwan -Kucing, ayam, harimau, buaya, arnab
Tumbuh-tumbuhan -Pokok, padi, bunga, daun, kubis
Benda -Pensel, buku, meja, kasut, komputer
tempat -Dewan, rumah, pejabat, padang, bilik darjah
3. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil dalam ayat kecuali pada permulaan ayat.
KATA NAMA KHAS
1. Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.
2. Contoh katanama khas:
Manusia -Mustafa, Tan Shiuan Huey, Rosamund
Haiwan -Si Tompok, Pak Belang, Si Jalak
Benda -Faber Castell, Bata, Proton Waja
tempat -Kuala Lumpur, Selangor, Jepun
3. Huruf awal bagi kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.
KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama.
Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis, iaitu:
(a) kata ganti nama diri
(b) kata ganti nama tunjuk
(c) kata ganti nama tanya
(d) kata ganti nama tempat
(e) kata ganti nama tak tentu
Subscribe to:
Posts (Atom)